Tutorial 1 : XAMPP for linux (localhost)
Postby misterpah » 28 Dec 2009, 17:58
macam yang korang tau, XAMPP sangat synonim dengan windows localhost. Tapi sebenarnya, apachefriends ada sediakan XAMPP for linux (nama lama LAMPP) serupa dengan XAMPP for windows. Berikut merupakan cara untuk install XAMPP for linux.
1. Download file XAMPP for Linux (terkini version 1.7.3) di http://www.apachefriends.org/en/xampp-linux.html dan letak pada home folder
2. Buka terminal dan taip sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.3.tar.gz -C /opt & masukkan password
3. kalau tiada error, maka siaplah installation
untuk start server localhost , taip di terminal sudo /opt/lampp/lampp start
untuk stop server localhost , taip di terminal sudo /opt/lampp/lampp stop
root folder (WWW) adalah di /opt/lampp/htdocs
url access ke localhost http://localhost
tips :
sebabkan linux mementingkan security, /opt/lampp/htdocs tidak boleh di-access sewenang2 nya oleh user selain root. cara untuk mengatasi ini adalah dengan mengubah owner folder htdocs. sudo chown -R <username>:<username> /opt/lampp/htdocs
Tujuan localhost adalah untuk kita run kan website yang kita nak bangunkan sama ada untuk kita edit, design template, etc. Katakan awak ditugaskan untuk membangunkan sebuah laman web jabatan awak i.e Jabatan Ukur, boss awak minta awak buat laman web yang intranet. Maksud di sini hanya user dalam networking tempat kejer awak yang boleh surf, access web tersebut. Ok, pemilihan XAMMP (LAMMP) tersebut boleh la dikatakan sebagai enjin untuk web awak berfungsi.
XAMMP (LAMMP) ni adalah webserver yang siap dipakejkan. Iaitu terdiri drpd Apache (sbg server), MySQL (sbg database) & Php (sbg bahasa pengaturcaraan). Bila dah dipasang webserver ni, awak bebas untuk pilih jenis pembangunan web yang awak suka dan mudah didapati dan terbuka lagi percuma. Antaranya CMS Joomla, CMS Drupal, CMS Xoops, CMS PhpFusion, CMS Php Nuke dan banyak lagi... Semua CMS yang kita bleh pilih ni, kita akan letakkan di dalam direktori WWW td tu...
Nampak tak? OS Ubuntu tu sebagai platform Operating System. LAMMP tu sebagai webserver untuk jalankan (run) website dalam network atau pc sendiri. CMS tu Content Management System iaitu applikasi yang telah diaturcarakan untuk pembangunan web.
xammp memang ada cURL, cuma perlu enable di php.ini : ;extension=php_curl.dll
1. Apache akan guna /var/www sebagai root website
Contoh:
http://localhost/index.html
Dalam folder sebenar
/var/www/index.html
Faham tak?
Jadi kalau mengikut contoh diatas,
/var/www/joomla = http://localhost/joomla
/var/www/phpbb = http://localhost/phpbb
Daripada output kau yang panjang berjela tu, kesalahan yang aku nampak,
1. Apa yang aku rasa, kau install joomla kat root (di /var/www ) Aku cadangkan, install dalam /var/www/joomla sebab kau nak install phpbb sekali
2. Configuration kau mungkin salah, bila kau hantar permintaan http://localhost/ kepada apache, dia akan cari dan hantar index.html atau index.htm. Untuk joomla berfungsi, kau kena configure apache, supaya cari fail index.php. (Jangan tanya camna, aku dah lupa...Mungkin otai lain boleh tunjuk ajar)
3. Install phpbb dalam /var/www/phpbb
Sedikit certa apache
Bila kau taip http://localhost/ pada browser, browser akan hantar permintaan kau kepada apache
Browser: Woi ada tak sesiapa kat localhost port 80
Apache: Yup, aku ada kat sini.
Browser: Tuan aku ni suruh aku hantar ni kat kau, nah amik: http://localhost/
Apache: Sat nooo...
(Apache berkerja.....
cari fail index.htm...takde
cari fail indeh.html...takde
ahhh. aku kasi kau directory lah..
Apache: Nah... (apache pun hantar directory listing)
Browser: Ntah apalah kau bagi ni.. tapi aku bantai je la..
(Browser pun tunjuk lah apa yang diberi oleh apache: directory listing.)
Dalam contoh diatas, Apache telah diconfigure untuk bagi kat engkau
1. index.htm, atau
2. index.html, atau
3. Directory listing (kalau diconfigure untuk bagi listing)
4. Page not Found 404
Apa yang kau perlu buat, tukar configurasi apache supaya
1. cari index.php jika ada.
2. hantar index.php kepada php untuk diproses
Semua ni ada kat manual php.
aku dapat masalah yang sama dan install guna kaedah ini. tapi bila aku pasang balik kabel network ke laptop aku aku, localhost baru berfungsi. byk kali instal dan uninstall tp masih jd offline. heran jugak.. nape mesti pasang kabel ek??? logiknya.. tanpa kabel pun, localhost bole up. mmm... ada sesapa yg tahu?
kalau tidak silap aku ini kerana ada integrasi dengan network manager dan firefox, bila firefox detect yg network interface tiada ip address, firefox akan di set kepada mode Work Offline. Untuk set ke mode Online just unselect mode Work Offline pada menu File di dalam firefox.
atau boleh guna browser lain :p
tq. apisznasdin. dah berjaya. :D :D dah kuar mesej It works!. Cara nya
i. pg pada File > WorkOffline.
ii. untick Work Offline (maknanya jika ada tanda tick, klik pada Work Offline untuk enable Online)
No comments:
Post a Comment