Thursday, October 6, 2011

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 5

Ok. Setelah server FTP kita siapkan. Sudah masanya kita cuba menggunakannya dengan memindahkan fail dan aksesnya melalui browser. Pastikan server Ubuntu melalui VBox dibuka dan sedang berjalan.

Perlu diingatkan, tutorial ini menggunakan Ubuntu 11.04 dengan Unity. Jadi desktopnya mungkin berbeza sedikit dari Ubuntu versi lama.

Menyambung ke server menggunakan FTP

Klik pada File > Connect to Server dengan hover tetikus ke panel ketika tiada aplikasi dibuka.

Taipkan IP server anda dan username bagi akaun dalam server. Tekan Connect.

Masukkan password apabila diminta. Tekan Connect..

Akan muncul satu tetingkap yang mana pada awalnya akan kosong tanpa apa-apa folder. Anda boleh masukkan apa-apa fail (ikut suka hati anda) di sini.

Setelah itu, cuba buka browser dan taipkan ftp://xxx.xxx.xxx.xxx untuk melihat sama ada fail tadi berjaya diakses di browser atau tak.

Akan datang, saya akan ajar bagaimana hendak memberikan akses FTP ke dunia luar. Buat masa ini hanya komputer dalam rangkaian rumah anda sahaja yang boleh mengaksesnya.


Sumber rujukan

http://www.sumbu.org/node/738

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 4

Setelah memasang Ubuntu Server dengan jayanya. Anda perlu memasang program yang dipanggil Very Secure FTP Daemon (VSFTPD) yang bertindak sebagai server FTP. Ada banyak lagi perisian lain yang boleh menjalankan FTP Server tapi rasanya ini antara program teringkas, selamat dan mudah diselenggara.

Memasang Vsftpd

Login dengan username dan password yang telah anda tetapkan waktu proses Installation. Taipkan arahan di bawah dan tekan Enter.

sudo apt-get install vsftpd

*Masukkan password sekali lagi jika ditanya.

Menetapkan Vsftpd

sudo vi /etc/vsftpd.conf

Cari ayat di bawah dan buangkan komen (#).

#write_enable=YES
#local_umask=022
#chroot_local_user=YES

Nota. Untuk edit dokumen menggunakan VI. Sila tekan butang Insert. Kemudian, pergi ke teks yang diingini dan taip seperti biasa.

Kemudian, tambahkan teks di bawah di akhir dokumen untuk menghidupkan Passive Mode.

# Passive-mode FTP

pasv_enables=YES
pasv_min_port=2010

Tekan butang Esc sekali dan tekan Shift + ZZ untuk menyimpan dokumen berkenaan.

Restart Vsftpd

Untuk memastikan server FTP menggunakan konfigurasi baru. Gunakan arahan di bawah untuk restart.

sudo service vsftpd restart

Mencuba Server FTP

Setelah disetting tentunya anda hendak mencuba sama ada ia berfungsi atau tidak. Untuk itu, dapatkan IP Address Ubuntu Server ini dengan arahan berikut.

ifconfig

Alamat IP server anda boleh dirujuk pada

eth0 dan inet addr: xxx.xxx.xxx.xxx

Kemudian, buka browser anda (bukan di VBox tapi browser OS PC anda) dan taipkan.

ftp://xxx.xxx.xxx.xxx

xxx.xxx.xxx.xxx adalah alamat IP.

Masukkan username dan password Ubuntu Server. Kalau boleh login maknanya server anda berjaya.

Ok..server FTP anda telah siap. Tutorial akan datang kita akan ajar bagaimana memindahkan fail ke server tadi.


sumber rujukan

http://www.sumbu.org/node/736

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 3

Agak lewat sedikit keluar Siri 3 ini memandangkan ada masalah server sedikit semalam. Kita teruskan penghasilan server FTP ini. Pada entri lalu saya telah ajar untuk menetapkan konfigurasi VBox. Sekarang kita sambung cara memasang Ubuntu Server.

Langkah 2.2 - Memasang Ubuntu Server

Dalam langkah 2.1, anda telah pun mount ISO Ubuntu Server untuk memasangnya pada VBox. Setelah itu anda perlu Restart Virtual Machine (VM) dan menetapkan ia supaya boot dari ISO.

Tekan Ctrl (right) + R.

Tekan C pada papan kekunci untuk memilih CD-ROM.

Setelah menu Ubuntu keluar, sila rujuk tiap-tiap gambar di bawah untuk memilih. Kebanyakkan proses anda hanya perlu terima atau klik OK. Ada beberapa proses melibatkan pengisian Username dan Password.

Disebabkan proses terlalu panjang, saya sediakan screenshot sahaja. Kalau kurang faham, sila tinggalkan komen.

Akan disambung ke Siri 4 nanti...tunggu!


Sumber Rujukan

http://www.sumbu.org/node/735

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 2

Setelah memasang VirtualBox (VBox) pada seperti yang diminta pada Siri 1, sekarang kita perlu menyediakan satu keadaan 'palsu' atau virtualization untuk Ubuntu beroperasi di atas OS Ubuntu.

Langkah 1.2 - Bina PC Palsu a.k.a Virtualization

Untuk membina virtualization Ubuntu Server, ia tak memerlukan spesifikasi yang tinggi atas beberapa faktor:

  • Ubuntu Server tak menggunakan Desktop Environment (DE). Pendek kata, tak ada antara muka grafik. Semuanya command line.
  • Ia juga meningkatkan tahap sekuriti memandangkan kerentanan yang berlaku pada DE tak mencemarkan Ubuntu Server.
  • Ia juga menjimatkan ruang dan proses secara tak langsung.

Pertama kali anda membuka VirtualBox, akan terpapar antara muka seperti ini. Klik pada butang New.

Oleh kerana, proses tetapan ini agak panjang sikit. Saya buatkan screenshot, ikut spesifikasi imej di bawah.

Langkah 1.3 - Tukar Network Setting

Bila sudah siap langkah 1.2, lihat pada bahagian kanan VBox ada senarai panjang tentang spesifikasi 'hardware palsu' aka virtual hardware. Skrol ke bawah dan cari bahagian Network dan klik pada perkataan Network

.

Tukarkan Attach to: kepada Bridge Adaptor supaya IP yang diterima oleh Ubuntu Server berbeza dengan IP Ubuntu yang sedang digunakan.

Langkah 2.1 - Muat turun ISO Ubuntu Server

Anda boleh gunakan ISO Ubuntu sedia ada jika mahu tapi Ubuntu biasa menggunakan Desktop Environment yang mana mungkin ada penalti dalam prestasi. Saya mencadangkan anda untuk memuat turun ISO Ubuntu Server melalui @ http://www.ubuntu.com/download/server/download

Jalankan VM OS anda tadi, kemudian pilih Devices > CD/DVD Devices > Choose a Virtual CD/DVD disk file.

Bersambung pada pada siri-3 pula...


Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox - Siri 1

Saya terfikirkan tutorial ini memandangkan Jomlinux jarang mengetengahkan tutorial menjurus ke arah server. Mungkin ramai tertanya kenapa nak gunakan VirtualBox dan kenapa tak pasang terus pada OS yang digunakan? Saya ada beberapa jawapan untuk itu.

Satu lagi, tutorial ini disasarkan pada newbie. Disebabkan ia sedikit panjang dari pemasangan biasa maka saya akan menulis dalam beberapa bahagian. Oleh itu, belajarlah dengan perlahan-lahan ye!

Kenapa perlu gunakan VirtualBox?

Untuk bina FTP server sebenarnya tak perlukan VirtualBox. Ia hanya pilihan yang tak diwajibkan. Tapi saya galakkan newbie untuk menggunakan VirtualBox atas beberapa faktor yang mana faktor-faktor ini terdiri dari pengalaman saya sendiri:

  • FTP server tidak digunakan sehari-harian oleh kebanyakkan pengguna di rumah termasuklah newbie. Dengan memasang FTP server terus ke komputer akan menyebabkan server ini berjalan tiap-tiap kali komputer digunakan melainkan anda mensetkannya untuk hidup secara manual. Ia pembaziran memori dan proses.
  • Bukan itu sahaja, FTP server yang hidup setiap kali boot komputer akan menyebabkan orang luar boleh mengakses fail anda setiap masa(jika anda berikan username dan password) yang mana membawa masalah sekuriti.
  • Untuk mengelakkan dari newbie tersalah setting atau merosakkan sistem operasi akibat penggunaan 'sudo' atau lain-lain yang tidak betul. Penggunaan VirtualBox amat membantu kerana arahan atau setting yang akan dibuat 'terasing' dari OS sebenarnya yang sedang digunakan.

Kenapa nak bina FTP Server?

Ada pelbagai cara untuk anda berkongsi fail dengan rakan-rakan di luar sana, salah satunya tentu servis perkongsian awan Gumuu. Tapi kadangkala, anda hendak berkongsi fail terus kepada mereka yang memerlukannya tanpa memerlukan perisian tambahan seperti Skype, Yahoo Messengger. Hanya gunakan browser.

Saat inilah, FTP sangat membantu!

[caption id="" align="alignnone" width="350" caption="Contoh FTP yang diakses menggunakan browser"][/caption]

Spesifikasi

Tutorial ini dibuat melalui Ubuntu 11.04 64-bit dan VirtualBox 4.1.

Langkah yang terlibat

Ada 4-langkah utama yang perlu untuk menjayakan misi ini. Saya simpulkan kepada berikut:

  1. Pasangkan VirtualBox dan setkan tetapan yang betul.
  2. Muat turun ISO Ubuntu Server dan pasangkannya.
  3. Pasangkan perisian FTP server yang dinamakan Vsftpd dan konfigurasikannya.
  4. Setting router supaya ia boleh diakses keluar.

Nota. Untuk memudahkan pembelajaran, saya mungkin mengsubkan setiap langkah utama. Contohnya, Langkah 1.2 untuk merujuk ia dalam sub-seksyen Langkah 1. Begitulah seterusnya.

Langkah 1.1 - Muat turun dan pasangkan VirtualBox

1. Pergi laman VirtualBox dan muat turun VirtualBox sesuai dengan versi Ubuntu anda.

2. Dwi-klik pada fail DEB yang dimuat turun tadi. Ikuti skrin untuk pemasangan (saya tak akan ulas mendalam cara hendak memasang VirtualBox, lakukan kajian anda sendiri dan jangan malas!)

Tutorial seterusnya akan bersambung pada siri 2...


Rujukan

http://www.sumbu.org/node/732

Monday, May 9, 2011

Masalah Wifi Compaq CQ40 Pada Ubuntu

sudo apt-get update
sudo apt-get install --reinstall bcmwl-kernel-source

Thursday, April 21, 2011

Bagaimana Autohide Launcher Persatuan Dalam Natty Ubuntu

Salah satu yang (paling dibenci?) Ciri-ciri di Ubuntu adalah Unity theme yang mengubah hampir setiap aspek dari lingkungan GNOME akrab yang digunakan untuk. Anda tidak boleh menambah ikon tersuai ke panel atau ke system tray, anda perlu mengubah alur kerja anda dan terbiasa dengan papan pemuka. Untuk membuatnya terburuk, anda perlu meletakkan dengan pelancar bar yang berada di sisi dan tidak akan pergi sehingga anda menempatkan tetingkap di atasnya. Walaupun anda tidak akan dapat mengubah banyak antara muka, anda boleh, bagaimanapun, mengubah perilaku Bar pelancar dan mendapatkannya untuk keluar dari pandangan (Autohide) apabila tidak digunakan. Ini cara:

1. Install Compiz Config Settings Manager (baik melalui Ubuntu Software Center atau Synaptic Package Manager).

2. Setelah dipasang, tekan "Alt + F2" dan taip "ccsm".

3. Scroll ke bawah senarai sehingga anda melihat ikon "Ubuntu Persatuan Plugin". Klik di atasnya.

ccsm-pilih-persatuan-plugin

4. Di bawah bahagian "Mod Reveal". Anda harus dapat melihat pilihan untuk menyembunyikan pelancar. Anda boleh memilih "Tidak", "Autohide", "Dodge Windows" atau "Dodge Active Windows".

ccsm-Autohide

5. Pilihan default adalah "Dodge Windows", tetapi anda boleh mengubahnya menjadi "Autohide", atau "Jangan" jika anda ingin pelancar yang akan selalu ada. Tidak ada butang pengesahan. Selepas anda telah membuat perubahan, klik saja butang Back, atau menutup aplikasi Compiz.

Itu saja. Anda Kesatuan Launcher bar hendaklah Autohide sendiri apabila tidak digunakan. Untuk mengambilnya, hanya menggerakkan kursor mouse anda ke penjuru kiri skrin. Ini akan memakan masa lebih kurang 1 saat untuk pelancar untuk muncul lagi.