Memasang Vsftpd
Login dengan username dan password yang telah anda tetapkan waktu proses Installation. Taipkan arahan di bawah dan tekan Enter.
sudo apt-get install vsftpd
*Masukkan password sekali lagi jika ditanya.
Menetapkan Vsftpd
sudo vi /etc/vsftpd.conf
Cari ayat di bawah dan buangkan komen (#).
#write_enable=YES
#local_umask=022
#chroot_local_user=YES
Nota. Untuk edit dokumen menggunakan VI. Sila tekan butang Insert. Kemudian, pergi ke teks yang diingini dan taip seperti biasa.
Kemudian, tambahkan teks di bawah di akhir dokumen untuk menghidupkan Passive Mode.
# Passive-mode FTP
pasv_enables=YES
pasv_min_port=2010
Tekan butang Esc sekali dan tekan Shift + ZZ untuk menyimpan dokumen berkenaan.
Restart Vsftpd
Untuk memastikan server FTP menggunakan konfigurasi baru. Gunakan arahan di bawah untuk restart.
sudo service vsftpd restart
Mencuba Server FTP
Setelah disetting tentunya anda hendak mencuba sama ada ia berfungsi atau tidak. Untuk itu, dapatkan IP Address Ubuntu Server ini dengan arahan berikut.
ifconfig
Alamat IP server anda boleh dirujuk pada
eth0 dan inet addr: xxx.xxx.xxx.xxx
Kemudian, buka browser anda (bukan di VBox tapi browser OS PC anda) dan taipkan.
ftp://xxx.xxx.xxx.xxx
xxx.xxx.xxx.xxx adalah alamat IP.
Masukkan username dan password Ubuntu Server. Kalau boleh login maknanya server anda berjaya.
Ok..server FTP anda telah siap. Tutorial akan datang kita akan ajar bagaimana memindahkan fail ke server tadi.
sumber rujukan
http://www.sumbu.org/node/736
No comments:
Post a Comment