Thursday, October 6, 2011

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox - Siri 1

Saya terfikirkan tutorial ini memandangkan Jomlinux jarang mengetengahkan tutorial menjurus ke arah server. Mungkin ramai tertanya kenapa nak gunakan VirtualBox dan kenapa tak pasang terus pada OS yang digunakan? Saya ada beberapa jawapan untuk itu.

Satu lagi, tutorial ini disasarkan pada newbie. Disebabkan ia sedikit panjang dari pemasangan biasa maka saya akan menulis dalam beberapa bahagian. Oleh itu, belajarlah dengan perlahan-lahan ye!

Kenapa perlu gunakan VirtualBox?

Untuk bina FTP server sebenarnya tak perlukan VirtualBox. Ia hanya pilihan yang tak diwajibkan. Tapi saya galakkan newbie untuk menggunakan VirtualBox atas beberapa faktor yang mana faktor-faktor ini terdiri dari pengalaman saya sendiri:

  • FTP server tidak digunakan sehari-harian oleh kebanyakkan pengguna di rumah termasuklah newbie. Dengan memasang FTP server terus ke komputer akan menyebabkan server ini berjalan tiap-tiap kali komputer digunakan melainkan anda mensetkannya untuk hidup secara manual. Ia pembaziran memori dan proses.
  • Bukan itu sahaja, FTP server yang hidup setiap kali boot komputer akan menyebabkan orang luar boleh mengakses fail anda setiap masa(jika anda berikan username dan password) yang mana membawa masalah sekuriti.
  • Untuk mengelakkan dari newbie tersalah setting atau merosakkan sistem operasi akibat penggunaan 'sudo' atau lain-lain yang tidak betul. Penggunaan VirtualBox amat membantu kerana arahan atau setting yang akan dibuat 'terasing' dari OS sebenarnya yang sedang digunakan.

Kenapa nak bina FTP Server?

Ada pelbagai cara untuk anda berkongsi fail dengan rakan-rakan di luar sana, salah satunya tentu servis perkongsian awan Gumuu. Tapi kadangkala, anda hendak berkongsi fail terus kepada mereka yang memerlukannya tanpa memerlukan perisian tambahan seperti Skype, Yahoo Messengger. Hanya gunakan browser.

Saat inilah, FTP sangat membantu!

[caption id="" align="alignnone" width="350" caption="Contoh FTP yang diakses menggunakan browser"][/caption]

Spesifikasi

Tutorial ini dibuat melalui Ubuntu 11.04 64-bit dan VirtualBox 4.1.

Langkah yang terlibat

Ada 4-langkah utama yang perlu untuk menjayakan misi ini. Saya simpulkan kepada berikut:

  1. Pasangkan VirtualBox dan setkan tetapan yang betul.
  2. Muat turun ISO Ubuntu Server dan pasangkannya.
  3. Pasangkan perisian FTP server yang dinamakan Vsftpd dan konfigurasikannya.
  4. Setting router supaya ia boleh diakses keluar.

Nota. Untuk memudahkan pembelajaran, saya mungkin mengsubkan setiap langkah utama. Contohnya, Langkah 1.2 untuk merujuk ia dalam sub-seksyen Langkah 1. Begitulah seterusnya.

Langkah 1.1 - Muat turun dan pasangkan VirtualBox

1. Pergi laman VirtualBox dan muat turun VirtualBox sesuai dengan versi Ubuntu anda.

2. Dwi-klik pada fail DEB yang dimuat turun tadi. Ikuti skrin untuk pemasangan (saya tak akan ulas mendalam cara hendak memasang VirtualBox, lakukan kajian anda sendiri dan jangan malas!)

Tutorial seterusnya akan bersambung pada siri 2...


Rujukan

http://www.sumbu.org/node/732

No comments:

Post a Comment