Thursday, October 6, 2011

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 2

Setelah memasang VirtualBox (VBox) pada seperti yang diminta pada Siri 1, sekarang kita perlu menyediakan satu keadaan 'palsu' atau virtualization untuk Ubuntu beroperasi di atas OS Ubuntu.

Langkah 1.2 - Bina PC Palsu a.k.a Virtualization

Untuk membina virtualization Ubuntu Server, ia tak memerlukan spesifikasi yang tinggi atas beberapa faktor:

  • Ubuntu Server tak menggunakan Desktop Environment (DE). Pendek kata, tak ada antara muka grafik. Semuanya command line.
  • Ia juga meningkatkan tahap sekuriti memandangkan kerentanan yang berlaku pada DE tak mencemarkan Ubuntu Server.
  • Ia juga menjimatkan ruang dan proses secara tak langsung.

Pertama kali anda membuka VirtualBox, akan terpapar antara muka seperti ini. Klik pada butang New.

Oleh kerana, proses tetapan ini agak panjang sikit. Saya buatkan screenshot, ikut spesifikasi imej di bawah.

Langkah 1.3 - Tukar Network Setting

Bila sudah siap langkah 1.2, lihat pada bahagian kanan VBox ada senarai panjang tentang spesifikasi 'hardware palsu' aka virtual hardware. Skrol ke bawah dan cari bahagian Network dan klik pada perkataan Network

.

Tukarkan Attach to: kepada Bridge Adaptor supaya IP yang diterima oleh Ubuntu Server berbeza dengan IP Ubuntu yang sedang digunakan.

Langkah 2.1 - Muat turun ISO Ubuntu Server

Anda boleh gunakan ISO Ubuntu sedia ada jika mahu tapi Ubuntu biasa menggunakan Desktop Environment yang mana mungkin ada penalti dalam prestasi. Saya mencadangkan anda untuk memuat turun ISO Ubuntu Server melalui @ http://www.ubuntu.com/download/server/download

Jalankan VM OS anda tadi, kemudian pilih Devices > CD/DVD Devices > Choose a Virtual CD/DVD disk file.

Bersambung pada pada siri-3 pula...


No comments:

Post a Comment