Thursday, October 6, 2011

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 4

Setelah memasang Ubuntu Server dengan jayanya. Anda perlu memasang program yang dipanggil Very Secure FTP Daemon (VSFTPD) yang bertindak sebagai server FTP. Ada banyak lagi perisian lain yang boleh menjalankan FTP Server tapi rasanya ini antara program teringkas, selamat dan mudah diselenggara.

Memasang Vsftpd

Login dengan username dan password yang telah anda tetapkan waktu proses Installation. Taipkan arahan di bawah dan tekan Enter.

sudo apt-get install vsftpd

*Masukkan password sekali lagi jika ditanya.

Menetapkan Vsftpd

sudo vi /etc/vsftpd.conf

Cari ayat di bawah dan buangkan komen (#).

#write_enable=YES
#local_umask=022
#chroot_local_user=YES

Nota. Untuk edit dokumen menggunakan VI. Sila tekan butang Insert. Kemudian, pergi ke teks yang diingini dan taip seperti biasa.

Kemudian, tambahkan teks di bawah di akhir dokumen untuk menghidupkan Passive Mode.

# Passive-mode FTP

pasv_enables=YES
pasv_min_port=2010

Tekan butang Esc sekali dan tekan Shift + ZZ untuk menyimpan dokumen berkenaan.

Restart Vsftpd

Untuk memastikan server FTP menggunakan konfigurasi baru. Gunakan arahan di bawah untuk restart.

sudo service vsftpd restart

Mencuba Server FTP

Setelah disetting tentunya anda hendak mencuba sama ada ia berfungsi atau tidak. Untuk itu, dapatkan IP Address Ubuntu Server ini dengan arahan berikut.

ifconfig

Alamat IP server anda boleh dirujuk pada

eth0 dan inet addr: xxx.xxx.xxx.xxx

Kemudian, buka browser anda (bukan di VBox tapi browser OS PC anda) dan taipkan.

ftp://xxx.xxx.xxx.xxx

xxx.xxx.xxx.xxx adalah alamat IP.

Masukkan username dan password Ubuntu Server. Kalau boleh login maknanya server anda berjaya.

Ok..server FTP anda telah siap. Tutorial akan datang kita akan ajar bagaimana memindahkan fail ke server tadi.


sumber rujukan

http://www.sumbu.org/node/736

No comments:

Post a Comment