Thursday, October 6, 2011

Bina FTP Server Di Rumah Melalui VirtualBox – Siri 5

Ok. Setelah server FTP kita siapkan. Sudah masanya kita cuba menggunakannya dengan memindahkan fail dan aksesnya melalui browser. Pastikan server Ubuntu melalui VBox dibuka dan sedang berjalan.

Perlu diingatkan, tutorial ini menggunakan Ubuntu 11.04 dengan Unity. Jadi desktopnya mungkin berbeza sedikit dari Ubuntu versi lama.

Menyambung ke server menggunakan FTP

Klik pada File > Connect to Server dengan hover tetikus ke panel ketika tiada aplikasi dibuka.

Taipkan IP server anda dan username bagi akaun dalam server. Tekan Connect.

Masukkan password apabila diminta. Tekan Connect..

Akan muncul satu tetingkap yang mana pada awalnya akan kosong tanpa apa-apa folder. Anda boleh masukkan apa-apa fail (ikut suka hati anda) di sini.

Setelah itu, cuba buka browser dan taipkan ftp://xxx.xxx.xxx.xxx untuk melihat sama ada fail tadi berjaya diakses di browser atau tak.

Akan datang, saya akan ajar bagaimana hendak memberikan akses FTP ke dunia luar. Buat masa ini hanya komputer dalam rangkaian rumah anda sahaja yang boleh mengaksesnya.


Sumber rujukan

http://www.sumbu.org/node/738

No comments:

Post a Comment