Saturday, September 11, 2010

Apa harus dilakukan setelah pasang Ubuntu 10.04?

Apa harus dilakukan setelah pasang Ubuntu 10.04?

Kategori : Linux, Perisian | 16 comments | Tag: ,

Sudah pasang Ubuntu 10.04 di PC anda? Tahniah! Anda telah membuat pilihan yang bijak. Selepas selesai proses pemasangan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadikan Ubuntu sebuah OS yang seronok digunakan.

Antara perkara yang perlu dilakukan ialah memasang codec untuk memainkan video dan plugin seperti Flash dan Java, memasang perisian-perisian untuk memudahkan kerja dan menambah repository tambahan untuk memasang aplikasi yang tidak terdapat dalam repsitory Ubuntu.

Melakukan semua perkara tadi secara manual agak sukar bagi pengguna baru tetapi ianya satu subjek yang harus dipelajari. Namun begitu, terdapat juga mereka yang masih tidak mahu melakukannya secara manual dan mengatakan bahawa Linux itu sukar, tidak sesuai untuk mereka dan untuk geek sahaja (padahal Ubuntu adalah distro Linux paling mesra pengguna).

Memikirkan masalah tersebut, penulis blog WebUpd8, Andrew telah membuat satu skrip menggunakan bash untuk memudahkan proses ini. Skrip ini akan membantu anda untuk melakukan perkara berikut :

  • Mengubahsuai (tweak) Ubuntu 10.04 supaya lebih mesra pengguna antaranya mengubah kedudukan butang tetingkap ke bahagian kanan.
  • Menambah repository tambahan GetDeb, Medibuntu dan lain-lain
  • Memberi pilihan untuk anda memasang beberapa aplikasi yang penting dan juga tema-tema komuniti

Senarai penuh fungsi dan ciri-ciri skrip ini boleh dilihat di SINI.

Pemasangan dan Penggunaan


Untuk memasang dan menggunakan skrip ini, taip (atau copy & paste) arahan di bawah di terminal :
sudo apt-get install zenity
wget http://launchpad.net/ubuntustart/0.4.x/0.4.8/+download/ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz
tar -xvf ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz
cd ubuntu-10.04-start/
sudo ./ubuntu-10.04-script

Popularity: 76% [?]

No comments:

Post a Comment